Puas hati Berbuka Puasa di Hotel Seri Pacific KL dengan hidangan Tradisional dari 14 buah Negeri!

Pada hari Rabu lepas, aku luangkan masa untuk memeriahkan media preview Ramadan iftar buffet di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Dengan tema ‘Sajian Tradisi Zaman ke Zaman’ yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 buah negeri-negeri Malaysia bermula dari Utara, Selatan, Timur hinggalah ke Barat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bukan setakat itu sahaja, malah terdapat juadah-juadah kegemaran masyarakat majmuk di Malaysia seperti makanan ala barat, Jepun, Cina dan India. Fuh, memang teruja nak menikmati hidangan yang di sajikan di Hotel Seri Pacific, KL ni.

Memang rambang mata nak memilih hidangan apa yang nak di makan di sini sebab lokasi Bufet Ramadhan di Seri Pacific Hotel tahun ini akan berada di 3 lokasi iaitu di Tingkat 4, Atrium sehinggalah ke kolam renang dan juga Restoran Zende, di aras lobi.

Terdapat 6 gerai di kawasan swimming pool ni.

  •  Fried Kway Teow Teluk Ansin,
  • Warong Mee Padang Tembak,
  • Sushi Abang Sai,
  • Sup Gear Box Power & Sup Ekor Bakar – Jalan Putra,
  • Shell in Pantai Remis,
  • Kambing Bakar Abang Burn

Juadah Wajib Cuba di Iftar Bufet Seri Pacific Hotel KL

Shell in Pantai Remis, di masak panas-panas!
Dah amik sepinggan! Serius sedap sangat!

Juadah kegemaran aku pastinya masakan panas – panas, iaitu Shell in Pantai Remis! Kuah cukup rasa, lengkap dengan sayur dan seafood yang segar.

Nasi berlauk

Tak lengkap juadah berbuka kalau tak makan nasi kan? Tekak orang melayu kan, pasti cari nasi selepas seharian berpuasa. Sepinggan nasi ni penuh dengan lauk -pauk masakan tradisional dari pelbagai buah negeri.

  1. Ayam Panggang Percik (Kelantan),
  2. Udang Rendang DaunKunyit (Perak),
  3. Telok Itik Masak Lemak Rembau (N9),
  4. Asam Pedas Ikan Pari Merlimau (Melaka),
  5. Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh (Pahang),
  6. Nangka Masak Lemak Gelang Patah (Johor),
  7. Ayam Pongteh Padang Kota (P.Pinang),
  8. Terong Goreng Belacan Kuala (Perlis),
  9. Nasi Kuning KK (Sabah)
  10. Hinava Ginapan ( Sarawak)
  11. Kerabu Kacang Botol dengan ikan (Terengganu)
  12. Kerabu Kaki Ayam Kg. Kerinchi (Wilayah Persekutuan )

Owh ya, jangan lupa cuba Rojak Buah George Town (Pulau Pinang )  dan
Pecal Sayur Parit Sulong ( Johor).

Memang berbaloi makan kat sini, rasa macam jalan-jalan cari makan satu Malaysia!

Menu favourite wajib setiap kali makan di Iftar Bufet adalah Kambing bakar. Kambing Bakar Abang Burn ni sangat sedap, daging kambing yang masak sempurna dan cukup rasa, di makan dengan kuah blackpepper. Pergh, power!

Pencuci mulut

Selepas puas makan “makanan berat” , boleh makan pencuci mulut kuih tradisional yang menjadi menu wajib setiap kali berbuka di bulan puasa. Di sini ada macam-macam jenis bubur manis dan macam-macam jenis kuih. Semua sedap-sedap!

Selamat Menyambut Bulan Ramadan.

Promosi Harga Pembelian Baucer Awal Iftar Bufet Seri Pacific Hotel KL

Promosi Harga Early Bird – Sebelum 15 April 2019, 

  • RM90 bersih untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak.

Harga Biasa – Selepas 15 April 2019, 

  • RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak.

Jom dapatkan baucer early bird sekarang dengan menghubungi Seri Pacific Hotel :-

03-4042 5555
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Instagram : www.instagram.com/seripacifichotelKL

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *