Tempat Wajib Terjah Cuti Sekolah – The Adventurers’ Web di Aeon Mall Nilai

Semalam aku sempat luangkan masa bersama keluarga untuk hadiri media review tempat menarik yang bakal di buka di Aeon Mall Nilai pada 23 Mac 2019 ni. Syok betul orang area Nilai dan sekitarnya , nanti ada tempat wajib terjah cuti sekolah iaitu The Adventurers’ Web di Aeon Mall Nilai.

Arif teruja bila masuk Aeon Mall Nilai sebab memang luas dan banyak tarikan di sini.

3 Zon Menarik di The Adventurers’ Web Aeon Mall Nilai

  1. Zon The Dinosaur Rangers
  2. Monster House
  3. Mini Science Discovery Centre
Zon yang terbesar di The Adventurers’ Web iaitu seluas 1700 kaki persegi .
Selain dari Dinosaur “hidup” yang boleh bergerak di sini, terdapat juga fosil Dinosaur di The Dinosaur Rangers yang menanti anda …
Pertunjukan secara live di mana anda berpeluang melihat dinosaur bermula dari telur dinosaur , baby dinosaur dan juga dinosaur yang interaktif!
Bergambar bersama Watak utama dalam Dinosur live show di Education Hub – The Dinosaur Rangers
Monster House merupakan tarikan yang wajib anda terjah dan cabar tahap keberanian anda!

 

Zon Monster House berkeluasan 250 kaki persegi ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu :-

  1. Family base – cute & cheeky Little Monster
  2. Extreme base – Creepy and Scary Experience

Terdapat 13 bilik yang menakutkan iaitu :-

  • Monster Room
  • Portal
  • Alive Forest
  • Door of Choice
  • Burial Narrow Walk
  • Clown Room
  • Creepy Corridor
  • MORGUE
  • Slaughter House
  • Infinity Monster Cage
  • Photo room
  • Zombie Hands
  • Hanging Head

 

Tarikan seterusnya adalah Mini Science Discovery Centre


Zon Mini Science Discovery Centre ini dikendalikan oleh Tech Dome Penang. Zon ini seluas 490 kaki persegi ini terdapat pelbagai aktiviti sains dan teknologi yang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Berhibur sambil belajar tentang sains dan teknologi memang seronok!

The Arifs teruja bermain VR Sand Box di mana anak-anak boleh bermain dengan pasir dan membina gunung berapai dan jga boleh merubah pasir manjadi padang menghijau dan air laut membiru bersama ikan-ikan yang bebas berenang.
Bermain bersama-sama dengan kanak-kanak lain di
Interactive Ball Wall.
Terdapat juga pertunjukan robot menari dan pengunjung juga boleh mencabar kemahiran sains dan teknologi dalam workshop robotik.
JOM Terjah Aeon Mall Nilai – The Adventurers’ Web pada hari ESOK, 23 Mac 2019 untuk dapatkan pass masuk dengan harga promosi serendah RM 25 sahaja!

Pengalaman sepanjang media review di Aeon Mall Nilai – The Adventurers’ Web aku memang rasa best tempat ini untuk seisi sekeluarga menikmati waktu bersama keluarga yang berkualiti. Selain datang Aeon Mall Nilai untuk shopping dan makan-makan, korang pun wajib terjah masuk The Adventurers’ Web ni okay!

Esok dah start cuti sekolah kan? So jom jadi 200 orang yang pertama untuk masuk ke The Adventurers’ Web ini secara PERCUMA! Kalau tak sempat, esok korang boleh grab harga tiket promo RM 25 jer!

Harga dan Waktu Operasi The Adventurers’ Web Aeon Mall Nilai

Harga tiket masuk ke The Adventurers’ Web Aeon Mall Nilai

Waktu Operasi :-

Ahad – Khamis: 10pagi – 10 malam 

Jumaat, Sabtu & Hari Cuti Awam: 10 pagi- 10.30 malam

Untuk maklumat terkini dan promosi semasa ikuti media sosial Aeon Mall Nilai

Website:

www.aeonretail.com.my

Facebook :

https://www.facebook.com/aeonmallnilai/

Instagram :

https://www.instagram.com/aeonmall_nilai

The Adventures Web

Tingkat 2 – Entertainment Hall

AEON Mall Nilai

No 2, Persiaran Pusat Bandar,

Putra Point, Putra Nilai, Nilai

Negeri Sembilan

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *