Jom ke Karnival Kewangan Terengganu

Para panel Majlis pelancaran Karnival Kewangan Terengganu

Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).

Bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda”, Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.

Aturcara Karnival Kewangan Terengganu

 

Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

Lokasi-Lokasi Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan

No

Negeri

Daerah/Bandar

Lokasi

Tarikh

1

Pahang

Gambang

Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang

18 Mac

2

Pahang

Jengka

Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11

 

19 Mac

3

Terengganu

Dungun

Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya

20 Mac

4

Kelantan

Kota Bharu

Kompleks Balai Islam, Lundang

 

21 Mac

5

Terengganu

Kuala Nerus

Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak

 

24 Mac

6

Terengganu

Kuala Nerus

Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu

7

Terengganu

Setiu

Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom

 

25 Mac

8

Terengganu

Besut

Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung

 

26 Mac

9

Terengganu

Hulu Terenganu

Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu

 

27 Mac

10

Terengganu

Marang

Dewan Majlis Daerah Marang

 

28 Mac

11

Kelantan

Pengkalan Chepa

Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota

31 Mac

“Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan,” kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *