8 Jenis Tabung Parent Perlu Sediakan Untuk Keluarga Tersayang

Aku dari dahulu parent dah ajar menabung, demi masa depan.. Hari tu aku ada terbaca perkongsian ilmu dari seorang rakan facebook dan juga customer aku yang pernah tempah design poster untuk promosi servis beliau, iaitu Abang Jerung atau nama sebenarnya Nor Iman Nazuki. Jom kita sama-sama kongsi ilmu kewangan demi keluarga dengan sediakan 8 jenis tabung berikut:-

1. Tabung Kecemasan
✅ Tabung kecemasan dalam 3-8 bulan dari gaji/komitmen bulanan. Simpan di tempat yang mudah dicairkan apabila memerlukan ie ASB.

2. Tabung Bunian
✅ Konsep tabung bunian adalah force saving. Simpanan secara konsisten setiap bulan. Masuk boleh, keluar tidak boleh unless untuk kembangkan aset atau dah achieve objektif nya ie pelajaran anak-anak, modal beli hartanah, etc.

3. Tabung Holding Power
✅ Ramai yang pandang ringan tabung ni especially tidak nampak long term kelebihan tabung ini. Tabung ini digunakan apabila berlaku ancaman kewangan terutamanya ke atas ketua keluarga. Tabung yang juga berfungsi untuk debt cancellation/income replacement/hibah apabila berlaku ancaman kewangan ie kematian, cacat kekal dan sakit kritikal.

4. Tabung Perubatan
✅ Tabung Perubatan seeloknya diambil ketika anak-anak masih kecil kerana bayaran lebih murah dan risiko direject lebih rendah. Untuk mak ayah pun semuda mungkin. Namun utamakan tabung holding power dahulu sebelum tabung perubatan.

Kenapa? Worst case scenario ie bila berlaku ancaman kewangan, masih ada hospital kerajaan. Namun, hutang anda siapa yang nak bayarkan? Takkan nak harapkan waris menanggung hutang yang anda tinggalkan?

5. Tabung Simpanan/Pelaburan
✅ Sifu saya pernah pesan, simpanan dan tabiat anda sekarang akan menentukan kedudukan kewangan anda 5 tahun akan datang. Dari tabung pelaburan inila anda boleh gunakan untuk pelaburan ie asb, tabung haji, saham amanah, koperasi, saham dan pelbagai lagi.

6. Tabung Percutian
✅ Life pun kena enjoy juga kan? Bina tabung percutian untuk keluarga, special moments dan santaikan fikiran dan releasekan tension. Ikut bajet yang ada. Cuti-cuti Malaysia pun apa salahnya kan?

7. Tabung Umrah dan Haji
✅ Tabung ni kena ada, bagi menunaikan haji berkemampuan dan umrah sekiranya belum atau nama belum dipanggil.

8. Tabung Sedekah
✅ Hidupkan untuk memberi. Insha Allah dimurahkan rezeki. Cara paling mudah sedekah masjid ketika solat jumaat ataupun tanyakan cikgu anak anda jika anda ada anak murid yang perlu dibantu. Besar pahalanya bantu anak-anak untuk belajar.

Ini design yang aku pernah untuk beliau
Yang ni pun aku design kan jugak!

Kalau korang berminat nak hadiri Seminar Kewangan dan beli Buku Jerat Kewangan sekarang ada promosi

Harga asal = RM117 (termasuk postage)

Special diskaun

Discount 34% = RM77 untuk Tiket Seminar FTS + Buku Jerat Kewangan.
Berminat? Boleh klik link di bawah

wasap.my/60139263127/bukuseminarfts

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *