Arif Haikal First Swimming Class

Swimming class , dalam sejarah family tiada siapa yang pergi swimming class yang proper, mostly semua belajar sendiri. Tahun ni memang Arif berhajat nak belajar swimming. As parent kita support apa yang anak nak. Dan alhamdulillah, kebetulan ada kelas swimming yang dekat dan affordable.  So grab trus peluang daftarkan arif tanpa fikir panjang pun. 
Program swimming class 2 hari , tak sangka dapat memberi pendedahan yang baru kepada Arif. Dari takut kepada berani. Dalam masa 2 hari jer latih. Saya pun terkejut dalam masa 2 hari Arif dah boleh berenang, walau pun tak jauh jauh boleh berenang, tapi skill berenang tu dah ada. Mula2 expect Arif overcome ketakutan dan panik dalam air jer. Tapi Arif boleh belajar asas kemahiran berenang terus. 
Tenaga pengajar pun sangat berdedikasi dan bijak melayan karenah budak2 yang baru belajar berenang. Ada budak tu yang siap lari dari trainer bila disuruh belajar berenang. Ada juga yang nangis. Macam2 drama jugak lah. Alhamdulillah, Arif boleh follow instruction dari trainer. Nampak Arif sangat seronok habiskan 2 hari dalam kelas swimming hujung minggu lepas.
Alhamdulillah,kini Arif dah ada basic swimming, so next time boleh la pergi latih swimming dengan papa dan pergi snorkeling sama2 kat pulau. InshaAllah.

Tunggu adik Arif Hakim besar sikit, baru join jejak abang masuk swimming class.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *