Pulau Perhentian – Travelog Pertama Ke Pulau

Arwana-Pulau-Perhentian

Pulau Perhentian adalah salah satu tempat yang memang kami sekeluarga dah lama bercadang nak pergi, tapi kerana banyak kali bertangguh sebab tarikh tak sesuai. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, diberikan juga rezeki oleh ALLAH menjejakkan kaki ke sini walaupun berkali kali tarikh dianjak. =) Jom layan travelog kami yang pertama kali menjejakkan kaki ke pulau

DAY 1@ Pulau Perhentian

Hari pertama, kami naik kerete dari Gong Badak ke Kuala Besut, Perjalanan biasanya mengambil masa 1 jam setengah sahaja, tapi disebabkan banyak persinggahan, maka lewatlah sikit sampai di jeti. Setibanya di jeti, cuba cari parking untuk letak kereta. Mujur jumpe seorang pak cik ni yang tunjukkan kat mana parking, senang tak perlu nak cari cari. Parking kat sini RM 10 / sehari. Kitorang pergi 3 hari  2 malam, jadi perlu bayar parking RM 30. 

Lepas parking, kami terus daftar dan pergi ke jeti. Seronok budak budak sebab first time naik speed bot. Macam mana rasa pun tak tahu lagi. hehe (kejap lagi tau lah rasa macammana). 

anak-anak-di-jeti

Dah selesai semua masuk dalam bot, maka mulalah perjalanan kami semua yang pertama kali naik speed bot ke Pulau Perhentian. Mula mula, bot bergerak perlahan sahaja sebab nak elak banyak bot bot yang berlabuh kat situ. Tapi, lepas sahaja kawasan tu, bot pun memecut dengan kelajuan penuh, topi yang budak budak pakai pun nyaris nyaris terbang. 

Makin lama bot makin laju. Mak ai, memang terasa nervous la. Dah la diri sendiri ni memang fobia sikit bab bab laju ni. Anak anak apatah lagi, peluk sekuat hati. Bila langgar ombak je, bot melantun tinggi. rasa luruh jantung, macam naik Roller Coster.  Bukan sekali, tapi berkali kali. Tapi biasa la, anak anak depan mata, buat cool je la. Tak kan nak buat muka takut kan.. kan. kan..

Mula mula je rasa nervous, tapi lama lama, dah terbiasa dah. Perjalan ambil masa dalam 30-40 min, bergantung pada resort yang nak pergi. Disebabkan resort kitorang terletak di tepi sekali, jadi memang sampai last sekali. 

Jeti-Kuala-Besut
Bot-ke-Pulau-Perhentian
Bot-ke-Pulau-Perhentian-2

Sampai je, terus check di Arwana Resort, Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Bilik yang kitorang tempah adalah bilik jenis Deluxe Family Room (RM 299/ night- without meal ). Nasib baik awal tahun tu, wife dah booking awal awal masa promosi . Bayar RM 505 untuk penginapan 3 hari 2 malam + 2 way boat trip. Memang sangat berbaloi lah, kalau tak, kos penginapan dan pengangkutan je dah dekat RM 800 , tak masuk kos makan dan aktiviti-aktiviti di Pulau Perhentian tu lagi. 

Awana-Hotel-3

Disebabkan kepenatan travel dan perasaan nervous naik bot tadi, maka semua ambil keputusan untuk berehat sahaja terlebih dahulu. Aktiviti pertama akan dimulakan sejurus sahaja solat asar ditunaikan.

Setelah berehat, badan pun kembali segar, aktiviti pertama yang kami lakukan adalah mandi pantai + main pasir. Dah lama rasa tak mandi manda. Last sekali sebelum bulan puasa hari tu. Apa lagi syok lah budak budak ni main. Dah penat, wife pergi beli burger ( RM 5.00/ sebiji ) . Kitorang pun picnic lah burger tepi pantai. 

arif dan hakim main pasir
makan-burger

Lepas penat mandi pantai, kitorang balik ke bilik. Untuk dinner, makan maggie cup sahaja, jimat pun jimat, sedap pun sedap sebab lama dah tak makan maggie. Siap makan, semua masuk tidur awal sebab esok nak kumpul tenaga nak pergi snorkeling pulak. Risau anak anak tak cukup rehat nanti, kalau demam, semua aktiviti terbantut.

DAY 2 @ Pulau Perhentian

Bot-Snorkeling

Hari kedua di Pulau Perhentian, aktiviti dimulakan pada jam 9.30 pagi. Kami bergerak dari Arwana Resort ke jeti untuk naik bot. perjalanan dalam 400-500 meter jugak dari resort. Di kawasan jeti tu, kami di bekalkan dengan 2 snorkeling set ( dewasa sahaja) , untuk kanak kanak tak dibekalkan. 

Pakej Snorkeling ini hanya RM 30/ person. Kanak kanak FOC. Yang ni kena pandai survey. Alhamdulillah dapat pak cik yang sporting. So, dia tak charge kanak kanak. Kalau rate biasa RM 20/person untuk kanak-kanak. Jadi total bayaran untuk snorkeling hanya RM 60 sahaja. Kami akan dibawa ke 5 point iaitu, Blue Lagoon, Coral Garden, Fish Point, Shark Point, Lata Berani. Nak Tahu Lebih lanjut, boleh baca disini >>Snorkeling di Pulau Perhentian<<. 

snorkeling-4
ikan-snorkeling
ikan-snorkeling-2
ikan-snorkeling-4
ikan-snorkeling-3
tangkap-ikan-4
tangkap-ikan-3
tangkap-ikan

Setelah penat snorkeling, kami pun balik ke bilik untuk berehat. Hajat hati nak pergi panjat bukit berdekatan windmill untuk tengok sunset, tapi memandangkan semua kepenatan, hajat tu terpakasa di tangguhkan.

Petang tu, anak anak ajak main pasir sekali lagi. Ingatkan dah x larat nak main, rupanya diorang ni memang tak tahu penat. Mama dan papa je yang kepenatan hehe. 

main-pasir-4

Selesai main pasir, kami pun dinner awal sikit. Dinner hari ni kami makan di cafe Arwana. Kami order 2 set chicken chop, 1 set roti canai dan satu nasi goreng kampung. Rasa memang sedap dan perut pun kenyang. Dah selesai makan, balik bilik dan tidur

makan malam
dinner-1
Arwana-Restaurant-2
hakim-dinner

DAY 3 @ Pulau Perhentian

Sunrise

Hari ketiga, kami start aktiviti dengan berkayak. Kali ni saya berkayak dengan wife sahaja sebab anak anak masih tidur. Memang syok la berkayak kat sini. Sebab dapat tengok laut yang hijau dan coral yang cantik. Harga berkayak ni rm 15 untuk 1 jam.

kayak
kayak 2

Tapi kami tak la berkayak sampai 1 jam sebab nak ajak anak anak snorkeling kat sini pulak. So lepas je berkayak, kejut anak anak dan sambung pulak snorkeling kat sini. Sewa untuk snorkeling set kat sini rm 10/set. Kami ambil 2 set jadi kosnya rm 20 sahaja.

snorkeling teluk dalam
snorkeling teluk dalam 2

Pukul 10.30 kami balik resort sebab nak berendam dalam pool pulak. 3 hari dah duk sini tapi x sempat pun nak terjun dalam pool ni. Sebab hari ni last day kita pun pulun habis habisan kat pool ni.

pool Arwana
pool Arwana 2

Dah puas mandi, balik bilik dan siap siap nak checkout. Pukul 11 lebih kami checkout dan tunggu bot untuk balik ke kuala besut. Sambil – sambil tunggu bot sempat cari tempat ambik gambar cantik cantik.

Arwana-Pulau-Perhentian
arwana Hotel
Pulau Perhentian
bay shark
baby-fishbaby

Dalam pukul 12 bot sampai dan kami terus berangkat pulang ke kuala besut. Sampai dalam pukul 12.35. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak pergi ke Pulau Perhentian ni. Insyaallah, lepas ni akan pergi ke pulau pulau lain di Terengganu pulak. 

Bot-Pulau-Perhentian
bot-pulau-perhentian-2

TOTAL KOS HOLIDAY PULAU PERHENTIAN

Parking Kereta : RM30.00
Accommodation at Arwana Resort + 2 way Boat Transfer : RM505.00
Lunch day 1 : RM17.00
Burger : RM5.00 x 4 pax = RM20.00
Snorkeling Trip : RM60.00
Lunch Day 2 : RM29.00
Dinner Arwana Café : RM52.50
Kayak : RM15.00
Snorkeling Set Rental : RM10.00 x2 = RM20.00
=========================
TOTAL EXPENSES : RM748.50 
=========================

You may also like...

2 Responses

  1. Huda says:

    Best kan holiday kat pulau perhentian ni..rasa nak masuk dalam annual trip family okay tak…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *