CABARAN JOM KURUS (JK1M)

 

Sabtu yang lepas saya berpeluang untuk menghadiri sesi kick off Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) edisi ke 10 yang berlangsung serentak seluruh Malaysia bermula 27 Januari 2018 hingga 10 Mac 2018. Fuh memang dah lama tunggu saat-saat ini. Saat di mana saya boleh kata bye bye pada perut buncit ini. Bukannya sebelum ni tak nak kurus tapi, tak cukup tunjuk ajar dan motivasi. Harap harap kali ni, semangat yang berkobar kobar ini dapat menyala sampai perut ni kempis..

Rezeki awal tahun 2018 ini, peluang keemasan sertai cabaran JK1M dengan tajaan Kelab Blogger Ben Ashaari dan kolaborasi dengan program cabaran JK1M #10 tidak saya lepaskan. Seawal pukul 7.30 pagi , para peserta bersemangat waja datang memenuhi perkarangan tempat latihan yang diadakan sekitar Taman Rekreasi Batu Burok. Walaupun hujan renyai, tapi itu tak mematahkan semangat saya dan para peserta lain untuk melibatkan diri dalam program ini

Tengok coach ni rasa memang yakin akan dapat berat badan ideal =)

 

Sesi pengenalan dimulakan oleh Coach kami iaitu Coach Dr Hj Fadzlan. Memang berapi lah sesi pengenalannya sampai rasa lemak lemak ini turut terbakar bersama. Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya sesi timbang berat badan, ukur lilit pinggang, periksa tekanan darah dan pelbagai lagi. tak lupa juga sesi mengambil gambar sendiri untuk dijadikan rujukan 6 minggu akan datang.
Memang teruja nak tengok result 6 minggu dari sekarang. Saya yakin dengan tunjuk ajar Coach Dr Hj Fadzlan, saya mampu merealisasikan impian saya untuk mendapat bentuk badan yang ideal ala ala Zac Efron. Semoga usaha dan impian saya ini menjadi realiti.

Tak cukup dengan coach Dr. Fadzlan, pada hari jumaat ni Kevin Zahri sendiri akan turun ke Kuala terengganu untuk bersama sama peserta JK1M#10. Memang tak sabar nak  jumpa dia. Biasa tengok kat TV saja. Apa pun pengurusan JK1M nampaknya memang bersungguh sungguh dalam memberi segala ilmu kepada para peserta demi membina masyarakat yang sihat. Jom pada siapa siapa yang nak join acara jumaat ni boleh juga turut serta.

Untuk korang yang nak join program ini pun boleh Pilih dari lebih 200 kawasan seluruh Malaysia dan sertai program kurangkan berat terbesar Malaysia bersama. Jangan takut untuk berubah. Jom!


Layari http://cabaranjomkurus.com/ untuk maklumat lanjut.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *