Perjumpaan Dengan Cikgu Arif

Hari ni hari Rabu, ada majlis perjumpaan ibu bapa di tadika sekolah arif. Excited hari ni nak tahu apa prestasi arif selama setahun menjadi pelajar Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Jembal. Aku yang hari ni memang busy sikit nak ke sana dan ke mari. Mujur Alhamdulillah sempat jugak pergi.

Sampai sampai je dalam kelas arif excited tengok Mama Papa dan adik Hakim datang. Terbeliak mata. Macam tak percaya kitorang datang kelas dia. Ye lah, dah lama dia duk mention suruh datang kelas dia. Now dah tercapai impian dan cita cita dia. Apa lagi first thing first jumpa kitorang , kena nangis dulu, mengadu kat mama kawan dia ambik pensil dia. Tadi selok je suke… Tetibe nangis pulak..konpius kejap.

Dah pujuk bagai, mood dah ok semula. Kemudian start jadi tourist guide untuk adik dia lawat kelas. Dia terangkan satu satu benda kat dinding kelas pada adik dia yang tak berapa nak paham tapi cakap “paham” paham”. Angguk je lebih adik ni, paham ke tidak ape abang tunjuk tu

Adik hakim dikelilingo oleh 4 orang ALONG. Bukan minta duit, minta nak salam

 

Bakal Qari Juniour, tapi buku sang kancil

 

“inilah kelas abang, Best tak adik?”
“Besh besh!”

Sampai turn kitorang jumpa cikgu. Cikgu pun explain la yang arif ni bagus, semua subjek ok, Baca Al Quran pun ok. Hafazan pun ok cuma kena practice lagi. Yang kurang ok adalah self confident. Dia dalam kelas selalu rasa insecure. Cikgu cakap, arif ni kuat merajuk. Salah sikit mula lah nak merajuk, sampai ustazah kalau nak ajar dia mengaji ramai ramai pun, terpaksa dahukan dia dulu, kalau tak, abis mood dia tak nak baca. Selalu kena suruh baru nak buat. Tengok kawan buat barulah bergerak nak buat. kalau buat sorang sorang memang tak delah.

So cikgu just sarankan supaya tambah sikit confident level nak masuk tahun 6 ni. Pening papa macammana nak buat confident arif  ni jadi tinggi. Ada orang kata kena buat perkara perkara yang extreme macam naik Roller Coaster. Kalau macam tu memang kena bawak arif naik la Roller Coaster ni tapi bagi arif dan mama je, Papa dan adik Hakim level confident dah tinggi, tak payah naik dah (padahal takut)……Boleh macam tu , haha..

Tapi sebetulnya, Ustaz Ahmad Dusuki pernah bagi ceramah di IKIM tentang cara mendidik anak anak ni dan salah satunya adalah cara macammana nak jadikan anak ini berani dan outspoken. Antara aktiviti- aktiviti yang boleh dilakuka adalah

  •  Masukkan anak dalam kelas belajar berenang
  • Masukkan anak ke kelas seni mempertahankan diri ( taekwando, silat, etc)
  • Ajar anak menunggah kuda
  • Ajar anak memanah
  • selalu adakan aktivit di luar rumah
Ada lagi beberapa perkara tapi macam dah lupa dah. Tapi itulah antara perkara-perkara yang sempat ingat. Semoga kita dapat mendidik anak menjadi anak yang baik dan berkeyakinan diri amin..

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *